Home

Busana Pengantin & Busana Muslimah

Butik Busana Pengantin Gallery First Impression Textiles menyediakan koleksi rekaan dan jahitan baju pengantin perempuan dan lelaki. Dengan kepakaran dan pengalaman lebih daripada 25 tahun, Kami bersedia memenuhi pelbagai citarasa pasangan pengantin dengan design dan jahitan terpeinci.

Butik kami menawarkan koleksi busana pengantin yang terkini serta pelbagai konsep seperti klasik, modern, ready-to-wear (RTW) atau couture gaun perkahwinan Muslimah. Reka bentuk baju pengantin yang menggabungkan pelbagai gaya dengan unsur-unsur tradisional Melayu, menyerlahkan keanggunan, feminin, dengan manik jahitan tangan yang sempurna.

Pengantin juga boleh memilih rekaan sendiri dan kami akan menyediakan pakaian pengantin mengikut design yang diingini. Butik kami juga menerima tempahan dan jahitan baju kurung serta baju kebaya untuk majlis keramaian, pakaian seharian dan sebagainya.

home-bottom-pic-1980x329